SAC Garment
Baju Operasi β€” SAC Garment, kilang seragam di Shah Alam, Selangor

Pakaian Seragam

Baju Operasi

Baju Operasi Keselamatan

Baju Operasi Keselamatan direka untuk pegawai dan anggota keselamatan yang menjalankan tugas operasi, penguatkuasaan serta rondaan di lapangan. Lazimnya diperbuat daripada fabrik Ripstop yang tahan lasak, ringan dan sesuai digunakan dalam cuaca tropika Malaysia. Rekaan baju ini dilengkapi dengan poket utiliti, epaulet bahu dan potongan yang memberikan keselesaan serta kebebasan pergerakan semasa bertugas.

Pakaian operasi keselamatan digunakan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang melaksanakan tugas keselamatan dan penguatkuasaan, antaranya;

  • Pejabat Keselamatan Kerajaan (CGSO),
  • Jabatan Penjara Malaysia
  • Jabatan Imigresen Malaysia
  • Jabatan Kastam Diraja Malaysia
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
  • Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Lembaga Urus Air Selangor
  • Agensi-Agensi Keselamatan Dibawah Kerajaan Negeri
  • Pasukan Keselamatan Institusi Pendidikan
  • Polis Bantuan dan pelbagai agensi lain.

SAC Garment telah mendapat kepercayaan pelbagai agensi bagi membekalkan baju operasi keselamatan di seluruh negara. Melalui pengalaman yang luas, SAC Garment mampu menghasilkan seragam operasi berkualiti tinggi dari segi potongan, kain dan jahitan yang meningkatkan kredibiliti organisasi.